Isnin, 30 Julai 2012

assalamualaikum semua...

lama dh tak update blog..sblum tu kwn nk  ucap slmt mnyambut bulan ramadan...
alhamdulillah lebih sminggu sudah kta berpuasa..

ni kwn nk cta psl pembohong di bulan yg mulia..

EPISOD 1


ade ka ptut 'orang' tu tipu cikgu di bulan puasa yg mulia..
kn bdosa tu..ckg tu pcaya gler kt 'orang' tu..
pasal 'orang' tu, semua budak kelas kawan akan dikaunseling..
alahai..kesian nye..pasal 'orang' tu buat salah manusia lain yg menanggung penderitaan...
'orang' tu memang  hipokrit la...
lpas tu kn 'orang' x puas hati dgn kwn..x tau pasal ape..

apa pndpt korang pasal 'orang' ni.?

korang nak bagi gelaran ape untuk'orang' ni.?

yg ni crita untuk hari ni..esok insyaallah da smbungan episod ok...

Sabtu, 16 Jun 2012


FAM Perlu Patuh Garis Panduan Media FIFA



KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat memberi kelonggaran kepada pihak media berdasarkan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), kata Setiausaha FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
“FAM meminta maaf kerana tidak dapat memberikan kelonggaran terhadap peraturan-peraturan yang telah diberikan oleh pihak Fifa,” ketika diminta mengulas mengenai insiden di Stadium Shah Alam, Selasa lepas apabila pegawai FAM menghalang media tempatan melakukan temu bual di padang selepas perlawanan.
Pegawai berkenaan dilaporkan berkeras meminta pihak media mengadakan temu bual di bilik sidang media.
“Memandangkan ia adalah perlawanan berstatus antarabangsa, di mana kita bermain dengan Singapura. FAM perlu akur dengan garis panduan mengenai media yang dikeluarkan oleh Fifa.
“Kalau terjadi apa-apa perkara sekiranya kita memberi kelonggaran itu. Kita tidak mahu media membuat temu bual ketika di bilik persalinan, ia sesuatu yang tidak elok. Begitu juga di tempat-tempat lain yang dilarang,” katanya.
Azzuddin ditemui pemberita pada majlis pelancaran penjualan tiket perlawanan persahabatan Arsenal menentang pilihan Malaysia di Jalan Telawi, Bangsar di sini, semalam.
Perlawanan persahabatan antarabangsa di antara pilihan Malaysia menentang Arsenal akan berlangsung pada 24 Julai depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Dalam perkembangan sama, FAM dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, badan induk bola sepak Malaysia itu sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak media untuk menjalankan tugas semasa membuat liputan perlawanan-perlawanan antarabangsa.
“Namun, FAM perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Fifa terutamanya berkaitan dengan aspek keselamatan dan pada masa yang sama, FAM ingin memberi keselesaan kepada pihak media semasa membuat liputan.
“Menurut Garis Panduan Untuk Media yang dikeluarkan oleh Fifa, pihak media dilarang memasuki padang sebelum, semasa dan selepas permainan,” kata kenyataan itu.
Ia turut menyebut hanya Hos Penyiar dengan satu kamera dibenarkan memasuki padang permainan semasa lagu kebangsaan dimainkan dan sesudah tamat perlawanan.
“Media boleh temuramah pegawai pasukan di Bilik Sidang Media. Media juga boleh temuramah pegawai dan pemain di kawasan Mixed Zone yang disediakan,” menurut kenyataan itu.
Pihak media yang ingin mendapatkan salinan Garis Panduan Fifa itu boleh mendapatkannya daripada Jabatan Media FAM. – Bernama

Rabu, 8 Februari 2012

Kucing Anfield jadi selebriti internet



                   KLIK VIDEO DI ATAS UNTUK MELIHAT AKSI KUCING TERSEBUT

Kemunculan seekor kucing di tengah padang Anfield ketika Liverpool menentang Tottenham Hotspur yang berkesudahan seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, menjadikan haiwan tersebut selebriti di internet.

Gelagat kucing tersebut menarik minat pelayar internet yang mencecah 17,368 orang yang mengikuti laman sosial Twitter, One, @AnfieldCat setelah rakaman video aksi kucing berkenaan disiarkan.

Berita terbaru yang ditulis melalui laman sosial tersebut turut mengaitkan musuh ketat Liverpool, Everton dalam satu lawak jenaka iaitu: "Everton dikhabarkan berminat untuk menandatangani khidmat saya, Bill Kenwright (pengerusi Everton) perlu 'mencakar' untuk mendapatkan duit."

Peminat Liverpool, yang terkenal dengan sikap lucu mereka, menyanyi beramai-ramai dengan memasukkan perkataan kucing dalam nyanyian mereka iaitu "Seekor kucing, seekor kucing... seekor kucing, seekor kucing, seekor kucing ( A cat) dalam nada lagu Kop Battle Cry yang biasanya menggunakan perkataan "Serang... serang (Attack)

Aksi kucing tersebut kelihatan cukup bersahaja dengan berlegar di tengah padang sebelum steward Anfield membawanya keluar.

Isnin, 6 Februari 2012



Rajagobal bimbang impak rasuah remaja



Beri kesan negatif; puji tindakan FAM kawal isu

“PERKEMBANGAN ini tak bagus untuk generasi pemain remaja!” Itulah pandangan peribadi disuarakan pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal (kiri) mengenai pembabitan 18 pemain dan seorang jurulatih dalam kegiatan bookie serta mengatur keputusan perlawanan.
Walaupun memuji tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka yang terbabit, Rajagobal turut menegaskan skandal rasuah ini secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada imej negara dalam arena bola sepak antarabangsa.
“Pemain perlu ikhlas untuk bermain bola sepak. Bagi saya ia satu tindakan baik daripada FAM kerana saya tahu jika perkara ini tidak diambil tindakan segera, perkara ini akan menjadi lebih teruk seperti yang pernah berlaku pada 1994.

“Bagi kes ini, ia tidak bagus untuk pemain di peringkat remaja. Selain dikenakan tindakan, gejala rasuah ini akan memberi kesan negatif terhadap imej bola sepak negara di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Laporan kelmarin menyebut 18 pemain dan seorang jurulatih daripada tiga pasukan skuad Piala Presiden menghadapi hukuman gantung seumur hidup atau larangan dua hingga lima tahun daripada menyertai pertandingan bola sepak di bawah kelolaan FAM.

Pemain terbabit terdiri daripada enam pemain daripada pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, T-Team (enam) serta MP Muar (enam).
Bagaimanapun, Rajagobal melihat kegiatan negatif itu baru di peringkat permulaan dan FAM perlu pantas untuk mengawal ia menjadi lebih teruk.

Ahad, 5 Februari 2012

Masalah rambut buat Rooney runsing




PADA awal tahun ini, Wayne Rooney telah membayar 30,000 pound (RM143,000) untuk menyelesaikan masalah rambutnya, namun hanya sebulan kemudian bintang penyerang Manchester United itu mendapati ia kembali menipis.

Rooney telah berusaha pelbagai cara untuk menyembunyikan masalah tersebut dengan mencuba beberapa gaya berbeza, namun dia hanya membazirkan wang kerana rambutnya yang hampir botak tetap tidak dapat ditutup.

Ketika muncul di lapangan terbang di London bersama rakan-rakan sepasukan baru-baru ini, penyerang itu dilihat menghitamkan rambutnya untuk menutupi bahagian yang hampir menampakkan kulit kepala, begitupun dia masih tidak dapat menyorokkannya daripada pihak media.

Bapa kepada seorang anak lelaki ini juga mencuba pelbagai jenis gel untuk mengayakan rambutnya dengan fesyen-fesyen berbeza, namun Rooney tetap Rooney dan tiada apa yang berubah.

Sedar penampilannya menjadi tumpuan media, dia membuat muka serius ketika menolak troli melalui terminal lapangan terbang tersebut tanpa menoleh ke arah sekumpulan peminat yang menanti.

Malah media Britain melaporkan, proses menanam rambut yang dilakukan Rooney pada Disember lalu tidak berjalan seperti yang diharapkan kerana rambutnya berubah menjadi terlalu perang, dan itu membuatkan dia tidak gembira.

Pengarah klinik rambut yang bertanggungjawab membuat perubahan ke atas pemain itu bagaimanapun menegaskan, perubahan warna pada rambut selepas proses menanam dilakukan merupakan perkara biasa, namun ia tetap tidak menggembirakan Rooney.

"Ia mustahil untuk menilai kesan penuh proses menanam rambut itu sekarang, ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan baru kita dapat melihat hasilnya.

"Proses tersebut lebih kurang seperti proses menanam pokok. Kita perlu menunggu akar benar-benar kuat dan mencengkam, selagi itu macam-macam perkara boleh berlaku, termasuk perubahan warna rambut,'' kata pengarah tersebut.

Menurut media Britain, Rooney sudah memulakan rawatan rambut di sebuah klinik di London sejak awal Jun lalu dan perkembangan pertumbuhan rambutnya diikuti rapi oleh klinik berkenaan sehingga hari ini.

Ketika mendedahkan mengenai rawatan yang diambilnya tahun, pemain itu berkata: "Umur saya baru 25 tahun tetapi saya sudah hampir botak, jadi tidak salah bukan saya melakukan rawatan ini."

Sabtu, 4 Februari 2012

hai...sik tauk mok pdh apa...blur...huhu...
apa-apa pun ku tok org sarawak...
tunggah jak aku wan...
dh da seseorang yg pntg dlm hidupku...
sik ada nya, hancur hidup ku,,,
sapa-sapa org sarawak boleh jak follow ku...
slain dr orang sarawak pun blh...
sbb ku akn brik brita apa2 jk dgn ktk org semua...
selamat berkenalan...
nyaman palak pok...

TRANSLATE BAHASA MELAYU
hai...tak tahu nak cakap apa...blur...huhu...
saya orang sarawak...
dah da seseorang yang penting dalam hidup saya...
tak ada dia,hancur la hidup saya...
siapa sarawakian boleh follow saya...
yang bukan sarawakian pun boleh follow saya...
saya akan beri berta semasa kt korang semua...
selamat berkenalan...